Catatan Tiga Kerajaan sebagai catatan bersejarah Catatan_Tiga_Kerajaan

Tradisi berhikayat dan bersejarah untuk zaman Tiga Kerajaan semakin abad semakin keliru, sehingga Catatan Tiga Kerajaan sering dianggap sebagai sumber yang sangat berharga. Isi kandungannya, sungguhpun banyak kesilapan, namun lebih tepat berbanding adunan sejarawan zaman selanjutnya. Kebanyakan tokoh politik, ekonomi dan tentera zaman Tiga Kerajaan diterapkan dalam karya ini di samping yang menyumbang kepada bidang-bidang kebudayaan, kesenian dan sains. Karya ini bersifat babad seperti Sejarah Melayu. Catatannya bersahaja dan sedikit selain sekadar himpunan fakta sejarah. Misalnya, dalam petikan berikut:

Pada tahun 219, Bekas Raja [Liu Bei] menjadi Raja Hanzhong, dan melantik Guan Yu sebagai Panglima Barisan Depan. Pada tahun yang sama, Guan Yu bersama para pengikutnya menyerang Cao Ren di Fan. Raja Cao mengutuskan Yu Jin untuk membantu Cao Ren. Pada musim luruh, hujan lebat melimpahkan Sungai Han, sehingga tumpasnya Yu Jin dan tujuh bala tenteranya.

Dengan itu, aliran peristiwa dan pembentangan sejarah mudah ditentukan dengan tepat tetapi sedikit sahaja isinya mengenai latar masyarakat, unsur-unsur institusi atau dasar-dasarnya.

Sebanyak mana imaginasi kreatif atau 'pencerekaan' yang digunakan dalam naratif China kuno mustahil disukat setepat-tepatnya. Sejarawan hebat Sima Qian melakukan pencerekaan dalam karya-karyanya, dan boleh dianggap bahawa Chen Shou juga melakukannya dalam catatannya. Amat sukar untuk mencatat dengan begitu tepat kata-kata yang kononnya disebut oleh para pemimpin atau tentera di tengah-tengah medan pertempuran, maka kebanyakannya mungkin palsu.

Selaku bekas warga Shu Han, Chen Shou memberati negeri asalnya berbanding Wu Timur dalam karyanya, tetapi ini pun kerana mengetepikan kepentingannya berbanding dengan sudut pandangan Dinasti Jin, yang memandang negeri Cao Wei sebagai pewaris negeri Han yang sah. Beliau menyebut para pemerintah Cao Wei sebagai maharaja, pemerintah Shu Han sebagai raja, dan pemerintah Wu Timur dengan nama sendiri atau sekadar "pemerintah".[2]Templat:Verify source

Pustaka klasik ini juga penting untuk kaji selidik sejarah Jepun, kerana satu jilid mengenai "kaum Wa" adalah catatan bersejarah terawal yang terang-terangan menyebut pasal Jepun, dengan menghuraikan negara kuno Yamataikoku dan ratunya Himiko.